NASIONAL

Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia

SHAH ALAM 20 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor di Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia di China pagi ini kerana kanser.

559247_319574834800602_38959110_nAllahyarham meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan lapor BH Online.

Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Noor Zahidi memperolehi undi 10,174 undi mengalahkan calon PKR, Shaharum Ibrahim yang memperolehi 8,438 undi dengan majoriti 1,736 undi.

EZY


Pengarang :