SELANGOR

Ahli PAS jangan menangguk di air keruh, ikut arahan Presiden

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 16 OGOS: Semua ahli PAS diingatkan supaya tidak menangguk di air keruh dan perlu mendengar segala arahan yang akan dibuat secara rasmi oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu kenyataan berkata, semua ahli parti Islam itu perlu merujuk arahan daripada Presiden dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat imej parti.

Hadi PAS“Saya difahamkan ada mesej yang mengaitkan saya sebagai pemberi arahan (untuk melakukan tindakan) kepada ahli yang lain. Perkara itu jelas tidak benar.

“Saya mengingatkan kepada ahli PAS, supaya merujuk arahan rasmi daripada Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja,” katanya menerusi laman Facebook.

Kenyataan Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu dipercayai bersangkut paut dengan kemelut politik di Selangor yang membabitkan jawatan Menteri Besar yang masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)Halimah adalah salah seorang daripada empat exco PAS yang memilih untuk kekal dalam pentadbiran Selangor selepas Abdul Khalid dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Empat Exco berkenaan masih meneruskan tugas seperti biasa sehingga Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat dan menetapkan pendirian berhubung krisis di Selangor, esok.

-NFN-


Pengarang :