NASIONAL

Anwar: Muafakat dalam Pakatan perlu dimantapkan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 OGOS: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat setiakawan yang dipamerkan oleh PAS dan DAP dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, jasa teman dalam pakatan akan terus dikenang dan perpaduan dalam PR perlu dimantapkan.

10606068_10152229135996510_2527423905913870479_n“Saya dan keluarga secara peribadi tidak pernah melupakan jasa kawan-kawan dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kesetiaan kawan-kawan dalam PAS,” katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Umum¬† dalam Kongres PKR ke-10.

Jelas Anwar, meskipun terdapat kritikan beberapa pihak terhadap pimpinan PKR dan yang lain namun beliau mengingatkan semua supaya tenang dan menjaga akhlak dalam mendepani sesuatu kritikan.

“Muafakat dalam pakatan perlu dimantapkan. Setuju atau tidak perlu ikut proses yang sihat.

“Kita tidak boleh diheret ambil tindakan atau keluarkan kenyataan untuk mengeruhkan ketiga-tiga parti,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Anwar menambah, beliau akan menggunakan pendekatan baru bertemu rakyat dengan turut sama meluangkan masa bertemu ketua cabang dan wanita bagi mendengar sendiri masalah secara tertutup.

Beliau turut memberikan tempoh selama tiga bulan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya mengemukakan laporan langkah untuk melonjakkan sokongan anak muda terhadap PKR.

EZY


Pengarang :