Balik bandar: Aliran trafik lancar pagi ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Balik bandar: Aliran trafik lancar pagi ini

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara dilaporkan bergerak lancar setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik lancar termasuk di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua arah.

trafik2“Trafik turut terkawal di kawasan kemalangan di Km 116, Lebuhraya Plus dari Sungai Petani ke Bertam apabila sebuah kereta terbabas dan memasuki longkang di tepi lebuh raya. Tiada penutupan lorong utama dilakukan,” katanya dipetik Bernama.


Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik masih lancar dan terkawal termasuk di sekitar kawasan mendaki di Terowong Menora serta dari Simpang Pulai ke Gopeng dan di kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang.

“Namun jumlah trafik dijangka meningkat pada sebelah tengah hari dan petang nanti berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu negara selepas cuti Aidilfitri,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION