Beregu lelaki, wanita sumbang dua lagi pingat emas | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Beregu lelaki, wanita sumbang dua lagi pingat emas

SHAH ALAM, 4 OGOS: Beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem serta beregu wanita negara Vivian Khoo-Woon Khe Wei menyumbangkan pingat emas kelima dan keenam Malaysia apabila memenangi perlawanan akhir acara berkenaan, semalam.

Wee Kiong dan Goh V Shem berjaya mengekalkan tradisi dengan mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel.

Dalam perlawanan akhir, Wee Kiong-V Shem bermula baik dengan mendahului 1-0 pada set pertama dengan 21-12 menewaskan Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart dari Singapura.


Namun, Danny-Chayut menyamakan kedudukan 1-1 apabila memberi tekanan kepada Wee Kiong-V Shem dengan keputusan 21-12.

badmintonBabak penentuan menyaksikan Wee Kiong dan V Shem tampil lebih agresif untuk menghabiskan pencabar mereka itu dengan keputusan 21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Emirates Arena, Glasgow.

Wee Kiong berkata, beliau berpuas hati bergandingan bersama V Shem dan masih mampu mempertahankan pingat emas dalam acara beregu lelaki sejak tahun 1990 iaitu menerusi Jalani Sidek-Razif Sidek.

Cheah Soon Kit-Soon Beng Kiang meraih pingat emas pada 1994, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah (1998), Chan Chong Ming-Chew Choon Eng (2002), Chan Chong Ming-Koo Kien Keat (2006) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010).

“Kami sangat berpuas hati dengan kemenangan ini. Lebih mengembirakan lagi apabila kami masih boleh mengekalkan tradisi negara dalam acara beregu di Sukan Komanwel.

“Saya harap prestasi cemerlang saya ini berkekalan sehingga aksi Kejohanan Dunia BWF di Denmark pada hujung bulan ini,” katanya yang dipetik dari BERNAMA

Pingat gangsa dimenangi Chris Langridge-Peter Mills dari England selepas menewaskan rakan sepasukan mereka Chris Adcock-Andrew Ellis dengan 21-17 dan 21-17 pada perlawanan penentuan pingat gangsa, kelmarin.

badminton glasgowManakala, Vivian Khoo-Woon Khe Wei menamatkan kempen Sukan Komanwel ke-20 dengan penuh bergaya apabila meraih pingat emas.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu Vivian-Khe Wei berjaya meranapkan peluang Jwala Gutta-Ashwini Ponnanppa dari India dengan keputusan 21-17 pada set pertama.

Kemenangan itu menyuntik semangat pasangan negara untuk mengagalkan peluang Jwala-Ashwini dalam pertembungan sengit 23-21 pada set kedua perlawanan dalam masa 41 minit.

Pingat gangsa diraih pasangan England, Gabriel Adcock-Lauren Smith selepas menewaskan pasangan negara, Lim Pei Jing-Lim Yin Loo 16-21, 21-15 dan 21-16, pada 2 Ogos lalu.

Vivian berkata, kerja keras serta rajin membuat analisis aksi perlawanan pihak lawan mendorong kejayaan mereka.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Kejayaan ini sangat bermakna. Pingat emas ini juga dihadiahkan untuk seluruh rakyat Malaysia terutama kita kini sedang bersedih dengan tragedi MH17.

“Kami memang lebih yakin dan bersemangat daripada set pertama lagi dan hanya mahu fokus untuk menang sahaja, yang penting jangan letak tekanan pada diri sendiri,” katanya.

Kejayaan mereka itu adalah pingat emas kelima buat kontinjen negara iaitu penambahan daripada kejayaan atlet angkat berat, Mohd Hafifi Mansor disusuli Datuk Nicol Ann David (acara perseorangan skuasy), badminton berpasukan campuran serta atlet terjun negara, Ooi Tze Liang dalam acara tiga meter papan anjal individu lelaki.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION