Calon presiden Brazil maut dalam nahas kapal terbang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Calon presiden Brazil maut dalam nahas kapal terbang

BRAZIL, 14 OGOS: Calon presiden Brazil, Eduardo Campos maut dalam nahas kapal terbang semalam, sekaligus menjadikan proses pilihan raya di negara itu menjelang Oktober dalam keadaan kucar-kacir.

Agensi berita Reuters melaporkan sebuah jet peribadi yang membawa Campos dan rombongannya terhempas di kawasan perumahan ekoran cuaca buruk sewaktu bersedia untuk mendarat di bandar pantai Santos.

Bu7aQw8IYAAlgYQKemalangan itu membunuh semua tujuh penumpang di atas kapal, kata jabatan bomba negeri Sao Paulo.


Campos, 49, yang menguruskan platform mesra perniagaan berada di tempat ketiga dalam pemilihan dengan sokongan kira-kira 10 peratus daripada pengundi.

Walaupun beliau tidak dijangka memenangi pilihan raya pada 5 Oktober nanti, namun Campos dianggap sebagai salah satu bintang muda politik Brazil dan kematiannya serta-merta mengubah dinamik persaingan.

Sesetengah penganalisis berkata kematian Campos boleh menjadi laluan sukar untuk penyandang Presiden, Dilma Rousseff mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua lebih-lebih lagi mendapat persaingan sengit daripada calon lain iaitu Marina Silva.

Silva yang terkenal sebagai pencinta alam sekitar lebih dikenali ramai di peringkat kebangsaan dan boleh mengatasi undian Rousseff kerana mendapat sokongan di kalangan pengundi berhaluan kiri.

Rousseff yang mengetuai persaingan itu mengumumkan beliau akan menggantung kempen selama tiga hari.

Setakat ini Rousseff mendahului dalam pemilihan dengan kira-kira 36 peratus sokongan pengundi.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION