NASIONAL

DCA: MH70 patah balik KLIA masalah tekanan udara

KUALA LUMPUR 24 OGOS: Masalah tekanan udara yang dihadapi pesawat Penerbangan Malaysia, MAS MH 70 adalah punca pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Datuk Azharuddin Abdul Rahman memberitahu agensi berita AFP pesawat terbabit yang dalam perjalanan ke Tokyo tidak dapat mengekalkan tekanan yang seimbang ketika penerbangan selepas hampir sejam berlepas.

MH70“Pesawat gagal untuk mengekalkan tekanan pada paras yang sepatutnya untuk keselesaan penumpang. Ia bukan satu masalah besar,” kata Azharuddin dipetik.

Sebelum ini media melaporkan sebuah pesawat MAS, MH70 yang telah berlepas kira-kira 50 minit ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana masalah keselamatan.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.50 pagi dan dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Narita.

MH70Sebaik tiba kembali di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa penerbangan ke Tokyo terpaksa ditangguhkan pada jam 1.15 petang menggunakan pesawat lain.

Menurut salah seorang penumpang, pengumuman tersebut telah dibuat oleh juruterbang.

EZY


Pengarang :