Elak melawat negara Afrika ekoran 1,000 mati wabak Ebola | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Elak melawat negara Afrika ekoran 1,000 mati wabak Ebola

KUALA LUMPUR 14 OGOS: Rakyat Malaysia dinasihat supaya mengelak daripada melakukan lawatan ke negara Afrika yang dilanda wabak Ebola, khususnya Sierra Leone, Republik Guinea dan Liberia.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan juga meminta rakyat Malaysia berhati-hati apabila membuat perjalanan ke wilayah lain di Afrika.

“Kepada mereka yang terpaksa melakukan perjalanan ke negara dilanda Ebola, adalah dinasihatkan supaya mengikut nasihat serta panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengurangkan risiko jangkitan,” menurut kenyataan itu.


ebola-hand1Rakyat negara ini yang menghadapi sebarang kecemasan ketika berada di negara terjejas dengan Ebola boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Republik Guinea menerusi talian 00224622354050 dan 00224622667879 atau emel mwconakry@kln.gov.my.

Penyakit Ebola adalah penyakit demam berdarah yang mencatat kadar kematian tinggi dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat seperti monyet.

Sejak mula dikesan di tiga negara Afrika Barat iaitu Sierra Leone, Liberia dan Guinea pada Mac lalu, Ebola telahpun mengakibatkan lebih 1,000 kematian.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION