SELANGOR

Exco PAS tetap hadir Mesyuarat Exco Selangor hari ini

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 OGOS: Exco PAS tetap menghadiri mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor yang berlangsung hari ini walaupun terdapat desakan daripada PKR dan DAP supaya PAS memulaukannya.

Ini disahkan Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi dalam satu mesej sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini awal hari ini dan turut disahkan Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

EXCOSELANGORKeputusan menghadiri mesyurat ini dibuat adalah selaras dengan keputusan PAS Pusat yang mahukan Exconya terus bekerja seperti biasa.

Terdahulu, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim memecat tiga Exco dari DAP dan tiga lagi dari PKR ekoran tindakan kedua-dua parti itu yang cuba menghadkan kuasa dan peranan Kerajaan Negeri.

EZY


Pengarang :