Exco PKR & DAP masih galas tugas di bawah MB | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Exco PKR & DAP masih galas tugas di bawah MB

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 OGOS: Exco Wanita dan Hal Ehwal Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail masih meneruskan tugas sebagai Exco Selangor.

Perkara ini dimaklumkan pegawai beliau, Rozaini Mohd Rosli.


EXCOSELANGORKatanya Rodziah kini berada di luar negara menjalankan tugas beliau dan hanya akan kembali minggu hadapan.

Beberapa Exco Kerajaan Selangor masih menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Antara Exco yang masih melaksanakan tugas mereka selain empat exco daripada PAS adalah Exco kanan Selangor Datuk Teng Chang Kim.

Katanya beliau akan terus bekerjasama dengan Abdul Khalid sebagai anggota exco kerajaan negeri kerana DAP tidak mengeluarkan arahan supaya ahli exco parti itu meletakkan jawatan.

Exco Selangor dari PAS Dr Ahmad Yunus Hairi mengakui telah mengadakan pertemuan ringkas dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bagi membincangkan isu pentadbiran negeri sekiranya terdapat exco yang meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, katanya, perjumpaan tidak rasmi itu hanya berlangsung “dua-tiga minit” sahaja dan tidak menyentuh persoalan mendalam atau perubahan dasar negeri.

Exco Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali masih meneruskan khidmatnya dengan memaklumkan beliau menghadiri bengkel yang dianjurkan Exco Agama Selangor, Salehen Mukhyi bagi membincangkan Halatuju Pendidikan Islam di Selangor.

Selangor Kini sedang mencuba untuk mendapatkan reaksi beberapa exco yang lain mengenai status perkhidmatan mereka namun mereka gagal dihubungi.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION