FAS tidak pernah abaikan bekas pemain Red Giants | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


FAS tidak pernah abaikan bekas pemain Red Giants

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 14 OGOS : Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menolak dakwaan tidak berasas persatuan ini mengabaikan bekas pemain skuad Gergasi Merah yang bertujuan mengganggu keharmonian Kongres Tahunan FAS yang bakal berlangsung Isnin ini.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim berkata tuduhan mengatakan FAS melupakan pemain adalah melampau.


rosman ibrahim FAS Selangor 01Katanya, rekod membuktikan FAS memberi keutamaan kepada bekas pemain negeri untuk berkhidmad.

“Perbuatan tuduhan itu cukup tidak profesional dengan memberi imej buruk kepada persatuan ini.

“FAS tidak pernak mengabaikan tanggungjawab dari segi gaji pemain, bonus dan kemudahan kepada bekas pemainnya,” katanya dipetik laman web Persatuan Bola Sepak Selangor.

Beliau berkata, kemelut itu timbul selepas Selangor tidak memenangi sebarang piala sejak lima tahun yang lalu.

“Saya berharap peminat menyedari FAS telah cuba sedaya upaya memastikan Selangor kekal pasukan unggul Malaysia,” kata Rosman.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION