FOMCA: Lorong Tunai patut ada, pengguna perlu ada pilihan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


FOMCA: Lorong Tunai patut ada, pengguna perlu ada pilihan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 OGOS: Plus Malaysia Berhad (PLUS) diharap dapat meneliti semula cadangan untuk memansuhkan lorong tunai di Lebuhraya Persekutuan melibatkan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata pengguna sepatutnya diberi pilihan untuk menggunakan lorong tunai.


10599351_867518233258370_537933229156118450_nKatanya, lorong yang menggunakan sistem kad prabayar seperti Touch N Go atau Smart Tag boleh diperbanyakkan namun lorong tunai juga perlu ada.

“Kita faham tujuan (pemansuhan) adalah untuk melancarkan trafik di tol, tetapi kita harus ingat bukan semua pengguna melalui lebuh raya itu hari-hari, ada yang guna sekali sekala.

“Jadi tidak adil buat mereka, kerana sistem kad ini adalah pra bayar, kita bayar dulu dan guna kemudian. Bagaimana jika hanya sekali itu sahaja, bakinya terpaksa dipendam.

“Ada juga kes kad yang cuba digunakan rosak, maka terpaksa juga ke lorong tunai,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau dihubungi bagi mengulas pemberitahuan Plus kepada pengguna kenderaan bahawa lorong tunai tidak akan beroperasi bermula 1 September 2014 di kedua-dua plaza tol di Lebuhraya Persekutuan.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, sistem yang dicadangkan pihak Plus itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya penggunaan bayaran kad digunakan secara lebih menyeluruh oleh pengguna di Malaysia.

“Memang ada negara seperti Hong Kong yang mengguna pakai sistem bayaran kad ini secara meluas.

“Tetapi mereka masih tetap menyediakan khidmat tunai bagi memberi pilihan kepada pengguna,” katanya lagi.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION