Gaza kembali diserang selepas gencatan senjata 72 jam tamat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Gaza kembali diserang selepas gencatan senjata 72 jam tamat

GAZA, 9 OGOS: Tentera Israel kembali melancarkan serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza selepas rundingan antara Mesir dan pengantara gagal mencapai kesepakatan untuk melanjutkan gencatan senjata selama 72 jam, lapor Reuters.

Ekoran serangan terbaru itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menjadi korban pertama terhadap keganasan Israel berhampiran sebuah masjid di Gaza City.

Sementara itu, seorang ahli Jihad Islam dan tiga rakyat Palestin yang lain turut terbunuh dalam serangan udara di selatan Semenanjung Gaza.


Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CitySeorang pegawai kerajaan Israel dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan berunding dengan rakyat Palestin ketika militan terus melepaskan peluru berpandu.

Ketika siren amaran dibunyikan di selatan Israel, tentera zionis itu mendakwa “pengganas Gaza” sudah melepaskan sekurang-kurangnya 57 roket dan sistem pemintas “Iron Dome” digunakan terhadap sebahagian daripada mereka, pada 8 Ogos lalu.

Pihaknya juga menuduh Hamas melanggar gencatan senjata itu dan beberapa roket dilancarkan kira-kira empat jam sebelum gencatan senjata itu berakhir.

Dengan meneruskan serangan, tentera Gaza akan cuba memberi tekanan kepada Israel dan menjelaskan mereka bersedia untuk berjuang bagi menamatkan sekatan wilayah laut yang dikenakan Israel dan Mesir.

gaza-photoKorban awam yang tinggi dan kemusnahan ketika kempen serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza dibangkitkan pihak antarabangsa sejak beberapa bulan lalu, namun usaha untuk memanjangkan gencatan senjata di Kaherah gagal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dalam satu kenyataan berkata, beliau amat kecewa lanjutan gencatan senjata itu tidak dapat dipersetujui dan mengecam sekeras-keraasnya serangan roket terbaru Israel.

Di Gaza, beberapa keluarga yang kembali ke rumah masing-masing di bandar utara Beit Hanoun ketika gencatan senjata itu berlaku kini mula mengumpul semula barang mereka dan pulang ke tempat perlindungan PBB yang didiami sejak beberapa minggu lalu.

Dilaporkan serangan berkenaan mengorbankan 1,880 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah orang awam, manakala hanya 64 anggota tentera dan tiga orang awam dari Israel terbunuh dalam pertempuran yang bermula, pada 8 Julai lalu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION