NASIONAL

Gencata senjata Israel-Gaza dilanjut lima hari

GAZA, 15 OGOS: Gencatan senjata baru selama lima hari antara Israel dan pejuang Hamas diteruskan walaupun bermula goyah, selepas kedua-dua pihak bersetuju memberikan rundingan damai diusahakan Mesir di Kaherah bagi menamatkan peperangan di Gaza.

Reuters melaporkan kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh gencatan berkenaan selama lima hari lagi untuk membolehkan rundingan diteruskan bagi mencapai persetujuan gencatan senjata lebih panjang.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityTentera Israel berkata, tiada pertempuran selama beberapa jam sejak serangan udara Israel ke atas Gaza berakhir kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.

Pejuang Palestin membedil dua roket ke selatan Israel dua jam sebelum itu selepas lanjutan gencatan senjata lima hari berkuatkuasa.

Jurucakap tentera berkata, pesawat menyerang kawasan pelancaran roket, simpanan senjata dan pusat aktiviti pejuang tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Selepas beberapa hari menggunakan cara diplomasi, perbincangan yang dianjurkan Mesir diteruskan dalam apa yang berkemungkinan menjadi tempoh bertenang paling panjang dalam konflik selama lima minggu itu.

Lanjutan kedua gencatan senjata itu menimbulkan harapan bahawa resolusi jangka panjang berhubung konflik berkenaan boleh diperolehi, walaupun masih berhadapan beberapa kesukaran.

gaza1Seorang pegawai kanan Hamas yang kembali ke Gaza daripada rundingan di Kaherah berkata, mereka sukar mencapai resolusi namun optimis terhadap beberapa perkara.

“Masih terdapat peluang yang sebenar untuk merangkul perjanjian,” katanya kepada pemberita sambil menambah ia bergantung kepada Israel untuk tidak bermain dengan kata-kata bagi membatalkan tuntutan mereka.

Selepas lebih sebulan konflik itu berlaku, seramai 1,945 rakyat Palestin terkorban yang kebanyakannya terdiri daripada orang awam, manakala 64 tentera Israel dan tiga orang awamnya turut maut.


Pengarang :