NASIONAL

GST jerumus isi rumah kepada miskin tegar

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa kelak bakal menjerumus lebih banyak isi rumah ke dalam kelompok miskin tegar, di samping merendahkan kuasa membeli rakyat Malaysia. 

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata golongan suri rumah antara yang terkesan dengan GST berikutan mereka bertanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarga.

Katanya berdasarkan statistik tahun 2013, seramai 3.37 juta wanita Malaysia dikategorikan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa dan pengorbanan mereka menguruskan keluarga tidak boleh diperkecilkan. 

gst“Harus diingat bahawa bagi suri rumah tangga yang menguruskan perbelanjaan keluarga, sudah pasti isu seperti GST yang akan diperkenalkan pada tahun 2015 akan memberikan kesan yang amat mendalam.

“Sebagai sebuah parti politik yang prihatin akan kesusahan yang bakal dihadapi rakyat, kita perlul memikirkan cara untuk memastikan hanya impak minima dirasai, terutama bagi golongan suri rumah dan ibu tunggal,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 hadirin pada Kongres Nasional Tahunan Wanita 2014 di Stadium Malawati Shah Alam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Izzah berkata, beliau menggunapakai idea pengasas Grameen Bank, Profesor Muhammad Yunus dengan memberi pinjaman mikrokredit kepada suri rumahtangga untuk menjalankan perniagaan.

Nurul-IzzahKatanya, ia dilakukan melalui pelancaran program Skim Usahawan Wanita di Lembah Pantai melalui badan bukan kerajaan (NGO), TechOutreach yang memberikan pinjaman tanpa faedah, serta latihan keusahawanan kepada wanita terpilih.

“Ada yang bertanya kenapa hanya wanita sahaja (yang mendapat faedah itu) dan kami jawab ia kerana wanita adalah golongan paling bijak menguruskan perbelanjaan serta kewangan. 

“Pemberian pinjaman seperti ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk memberikan pengiktirafan kepada wanita sebagai nadi penggerak ekonomi utama dalam keluarga,” katanya.

-NFN-


Pengarang :