Hentikan konsert Mariah Carey, hormati mangsa MH17 dan Gaza | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Hentikan konsert Mariah Carey, hormati mangsa MH17 dan Gaza

SHAH ALAM, 4 OGOS: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, pada 22 Oktober ini dan mendesak konsert itu dibatalkan di saat negara sedang bersedih atas tragedi MH17.

Presidennya, Abdul Malik Ab Razak, berkata kedatangan penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat itu ke negara ini bagi meneruskan siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

“GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert liar yang saban tahun diadakan.


Mariah Carey (1)“Di saat rakyat dalam kesedihan berikutan kes pesawat MH17 ditembak jatuh dan serangan Israel ke atas Gaza masih belum tamat, GAMIS sangat kesal dengan pihak penganjur yang tidak menghormati keadaan masyarakat dengan beraninya membawa masuk artis seksi itu ke negara ini,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Katanya, adalah sesuatu yang memalukan bagi negara membenarkan konsert liar seorang artis yang berasal dari Amerika Syarikat ketika umat Islam di Gaza dibunuh Israel dengan bantuan negara terbabit.

“Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 supaya membatalkan segala program hiburan liar daripada diteruskan.

“Kerajaan boleh mengambil langkah alternatif dengan mendidik rakyat melalui elemen pembangunan modal insan yang positif. Program kerohanian dan pembangunan minda dirancakkan sebagai tanda keinsafan atas musibah yang melanda negara,” katanya.

abd malik gamisAbdul Malik berkata, selain faktor teknikal kerajaan harus sedar bahawa musibah yang menimpa adalah ujian Allah supaya kerajaan dan rakyat kembali menghidupkan nilai Islam dan membanteras budaya tidak sihat di kalangan masyarakat.

“Kami turut berpendirian bahawa konsert yang menelan kos USD1 juta (RM3.2 juta) adalah satu pembaziran yang tiada nilai pelaburan untuk pembangunan sebuah tamadun.

“Justeru itu, GAMIS dengan penuh harapan memohon semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO dan mahasiswa untuk menginsafi musibah yang melanda dengan bekerjasama membanteras program hiburan liar,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION