Himpunan hentikan dagang Malaysia-Israel 29 Ogos di MITI | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Himpunan hentikan dagang Malaysia-Israel 29 Ogos di MITI

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengetuai penyerahan memorandum kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai desakan Malaysia perlu menghentikan semua hubungan perdagangan dengan Israel

Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan berkata, SAMM secara konsisten membuat pelbagai pendedahan hubungan perdagangan Malaysia-Israel termasuh pendedahan komponen buatan Israel diimport masuk dan juga penggunaan perkhidmatan syarikat berpengkalan Israel (APCO dan EDS).


10612969_693988630688033_1575856522342930931_n“Menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dan negara haram Israel merupakan satu strategi yang mampu melumpuhkan kekuatan Israel khususnya apabila tiada lagi bahan sumber asli tanahair dihantar ke Israel.

“Penafian kemanusiaan buat rakyat Palestin ini juga merupakan isu yang merentasi batas kaum dan agama,” katanya menerusi satu kenyataan di laman blog chegubard.blogspot.com.

Penyerahan memorandum pejabat MITI Jalan Duta akan diadakan pada Jumaat ini, 29 Ogos 2014 dan dijangka bermula sekitar jam 2.30 petang di Masjid Wilayah Jalan Duta.

Turut dilancarkan adalah Hashtag #PagarMiTi298 bagi pengguna laman sosial.

“SAMM dan rakan sekutu juga mengalu-alukan lebih banyak penyertaan dari NGO yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

“Inilah aksi sebenar yang wajar disokong oleh semua pihak sebagai isyarat hubungan dagang antara Malaysia-Israel harus dihentikan segera,” kata beliau lagi.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION