SELANGOR

Hormati Sultan, Exco PKR & DAP terus laksanakan tugas di bawah Abdul Khalid

SHAH ALAM 12 OGOS: Semua Exco daripada PKR dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam satu kenyataan media bersama enam exco PKR dan DAP itu berkata PKR dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan berhubung isu Menteri Besar.

EXCOSELANGOR“Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian,” kata mereka.

Mereka berkata urusan yang melibatkan anggota Exco dari PKR dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti.

“Kami tidak akan berjumpa dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.

“Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik,” katanya.

KENYATAAN MEDIA PENUH KLIK DI SINI

EZY


Pengarang :