Selangorkini
NASIONAL

Israel, Hamas setuju genjatan senjata 72 jam

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 OGOS: Israel dan Hamas dijangka mempersetujui genjatan senjata selama tiga hari selepas cadangan itu dikemukakan Mesir, bermula hari ini.

Pegawai Gaza berkata, pertempuran itu meragut nyawa 1,834 rakyat Palestin yang kebanyakan orang awam, manakala Israel seramai 64 anggota tentera dan tiga orang awam, sejak ia bermula pada 8 Julai lalu.

Selain kehilangan nyawa, ia menyebabkan kemelesetan ekonomi Palestin dan Israel.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityGaza berhadapan jumlah yang besar untuk membina semula infrastruktur, manakala Israel kehilangan beratus juta dolar dalam pelancongan, industri lain dan keseluruhan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.

Jurucakap Perdana Menteri Israel, Mark Regev, berkata Israel akan menghormati genjatan senjata seperti yang dipersetujui dalam rundingan melalui Mesir.

“Jika Hamas melanggar perjanjian genjatan senjata, Israel bersedia untuk bertindak balas.

“Israel bersetuju syarat yang ditetapkan Mesir dan berharap genjatan senjata dapat bertahan lama dan memberi kebaikan kepada semua orang”, Kata Regev dipetik dari Reuters.

Kumpulan Palestin dan Hamas kini berada di Kaherah bertemu Ketua Perisikan Mesir untuk menamatkan keganasan di Gaza yang meragut nyawa lebih satu perempat dari 1.8 juta penduduk dan 3,000 rumah juga musnah.

gaza3Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata kumpulan Islam sudah memaklumkan Mesir”menerima tempoh 72 jam tenang bermula pada hari ini.

Israel juga dijangkakan menghantar beberapa wakil menyertai rundingan di Kaherah dalam perjanjian memanjangkan tempoh gencatan senjata.

Regev berkata, mereka bersetuju untuk memulakan pelaksanaan inisiatif Mesir, jika gencatan senjata tidak memerlukan kehadiran tentera di Semenanjung Gaza.

Sejak pertempuran bermula, beberapa percubaan damai dilakukan tetapi tiada persetujuan daripada kedua belah pihak, namun kali ini hasil inisiatif Mesir dapat terlaksana jika mereka boleh berunding perjanjian secara damai dalam jangkamasa panjang.

 

 


Pengarang :