Israel laksana pembersihan etnik, bunuh belia dan kanak-kanak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Israel laksana pembersihan etnik, bunuh belia dan kanak-kanak

GAZA, 14 OGOS: Kumpulan hak asasi manusia Palestin mendedahkan tentera Israel kini mempunyai budaya baharu iaitu membunuh kanak-kanak dan anak muda di Tebing Barat.

Rekod menunjukkan, lebih 22 kanak-kanak dan anak muda di bunuh sejak beberapa bulan lalu, yang mana sebahagian besar daripada mereka ditembak ketika protes berterusan terhadap serangan Israel ke atas Genting Gaza.

Pakar politik percaya, tindakan Zionis itu bertujuan untuk membersihkan etnik di Palestin dan mengosongkan keseluruhan Palestin daripada penduduk asal.


GazaBeberapa contoh anak muda Palestin yang ditembak mati sejak beberapa hari lalu juga didokumentasikan.

Sementara itu, selepas tamat gencatan senjata 72 jam, Hamas mengisytiharkan kumpulan pejuang bersedia pertempuran lebih panjang bagi menentang kemaraan tentera Israel.

Pegawai Hamas yang menghadiri rundingan terbabit di Kaherah berkata, sehingga kini Israel masih mengetepikan beberapa permintaan utama.

“Kami tidak boleh ramal sama ada gencatan kekal, dilanjutkan atau pertempuran akan bersambung. Rundingan masih buntu,” katanya.

Bagaimanapun, seorang pegawai diplomatik berkata, Israel berharap gencatan senjata dilanjutkan tetapi Hamas belum memberi kata putus.

“Perkara penting dibincangkan iaitu gencatan senjata jangka panjang perlu dipersetujui sebelum tengah malam ini, melakukan satu lagi gencatan senjata 72 jam bagi membolehkan rundingan diteruskan atau meneruskan perang,” katanya kepada Agensi.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CitySementara itu, jurucakap Hamas, Samir Abu Zuhri, berkata pihaknya masih mempertimbangkan usul meneruskan gencatan senjata itu.

“Ini adalah gencatan dan rundingan terakhir. Jika semua wakil gagal capai kata putus dan enggan menerima tuntutan Hamas, kami akan membalas semua serangan Israel.

Menteri Kewangan Israel Yair Lapid berpendapat jika rundingan itu gagal ada kemungkinan pertempuran akan bermula sekali lagi pada tengah malam ini (semalam).

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION