Kalau kasino haram di Pulau Pinang, mustahil aktiviti ‘bogel’ dibenarkan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kalau kasino haram di Pulau Pinang, mustahil aktiviti ‘bogel’ dibenarkan

SHAH ALAM, 5 OGOS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan bahawa Kerajaan Negeri yang ditadbir DAP mempunyai kaitan dengan kegiatan sukaneka bogel di Teluk Bahang yang menjadi perhatian di laman sosial.

Beliau dalam satu sidang media hari ini berkata, pihaknya tidak mengetahui berkenaan aktiviti tidak bermoral itu walaupun jelas berlangsung di Pulau Pinang.

Katanya, apa yang pasti sebarang aktiviti menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan seperti kes pembinaan kasino yang dilarang keras di negeri itu.


bogel“Satu perkara yang pasti, Pulau Pinang tidak membenarkan kasino, jadi bagaimana kita boleh membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang diadakan?

“Jika didapati bahawa individu beragama Islam terbabit, pihak berkuasa agama negeri akan melihat perkara ini, tetapi jika bukan Islam, maka perkara itu perlu disiasat polis,” katanya memetik The Rakyat Post.

Beberapa blog Umno menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terbabit dengan aktiviti keji.

Salah satu blog terbabit turut menuduh Guan Eng menggalakkan kegiatan tidak bermoral itu dengan mengaitkan hubungan rapat antara beliau dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

lim guan engVideo kontroversi yang tersebar di internet itu pula menunjukkan kegiatan nudis yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari serta sukaneka dalam keadaan bogel.

Video berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan peserta berasal dari mana, namun majoriti mereka kelihatan seperti warga Asia.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION