Kes Denggi meningkat 338%, tingkat waspada | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kes Denggi meningkat 338%, tingkat waspada

SHAH ALAM 3 OGOS: Kes denggi di Selangor meningkat sehingga 338.05 peratus dengan 29,972 kes direkodkan bermula Januari hingga 27 Julai lepas berbanding 6,842 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes denggi itu antara lain disebabkan pembuangan sampah dan sisa pepejal tidak diselenggara dengan efektif.

aedes-albopictus[1]“Antara masalahnya adalah sampah dan sisa pepejal tidak kerap dikutip secara berkala,” katanya dipetik Bernama.


Dr Noor Hisham berkata sehubungan itu aktiviti kawalan harus tertumpu di negeri berkenaan kerana sekiranya kes denggi di Selangor dapat dikawal maka keseluruhan kes denggi di negara ini juga mampu dikawal.

“Perangi denggi habis-habisan di Selangor. KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah kerahkan petugas-petugas dari negeri lain ke Selangor untuk membantu menjalankan aktiviti pembasmian,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION