MB: Ahli Majlis kekal, 51 kekosongan dibuka untuk anak Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MB: Ahli Majlis kekal, 51 kekosongan dibuka untuk anak Selangor

SHAH ALAM 14 OGOS: Kerajaan Selangor memutuskan semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedia ada dikekalkan jika mereka bersedia untuk terus berkhidmat di bawah kerajaan negeri rakyat ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang diadakan hari ini.

MBKatanya ia selepas mengambil kira senario politik semasa di negeri ini dan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya tempatan.


“Bagi mengisi kekosongan 51 jawatan Ahli Majlis PBT di seluruh negeri,  MTES membuat keputusan supaya tawaran untuk mengisi sebahagian kekosongan itu dibuka kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

“Kerajaan Negeri  mahu memastikan khidmat kesemua PBT di negeri ini kepada rakyat  dipertingkatkan  selari dengan taraf negeri Selangor negeri maju,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor mengalu-alukan rakyat Selangor dari golongan profesional dan aktivis masyarakat untuk memohon menjadi Ahli Majlis sekaligus sebahagian daripada kerajaan rakyat ini.

“Iklan tawaran ini untuk mengisi kekosongan Ahli Majlis ini akan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama dalam tempoh terdekat ini,” kata Abdul Khalid.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION