Selangorkini
SELANGOR

MB: Kemungkinan bubar DUN akan dibincang bersama Sultan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan sokongan 30 ADUN yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baru.

Perbincangan itu bersama Baginda Sultan nanti juga turut membabitkan kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata segala keputusan yang akan ditentukan nanti tertakluk kepada budi bicara Baginda Sultan.

“Kita akan melihat apa proses yang berlaku dan ia tertakluk kepada budi bicara Sultan,” kata Abdul Khalid ketika ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  di sini, hari ini.

Ketika ditanya media , apakah termasuk pembubaran DUN, Abdul Khalid berkata ia akan dibincangkan.

“Kita akan berbincang kesemuanya dengan Sultan,” kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor bagi meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid juga mendapat sokongan dari empat Exco Pas untuk meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Namun, semalam, Azizah mengumumkan Pakatan Rakyat mempunyai majoriti 30 Adun yang dinyatakan dalam akuan bersumpah yang ditandatangani kesemua Adun terbabit.

EZY


Pengarang :