Selangorkini
SELANGOR

MB: Rodziah masih kekal Exco buat masa ini

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 OGOS : Rodziah Ismail yang juga Exco daripada PKR masih kekal sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sekiranya beliau memutuskan untuk terus menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini berkata beliau masih menunggu kepulangan Rodziah yang juga Adun Batu Tiga dari luar negara sebelum membuat sebarang keputusan.

PC EXCO MB - 13.08.2014 (7)“Saya menunggu dia kembali dan saya akan membuat keputusan jika beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan ahli Exco yang ada sekarang, makan khidmatnya akan diteruskan.

“Jika tidak, beliau juga akan diberikan surat penamatan (tugas),” katanya.

Semalam, Abdul Khalid memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Beliau menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

rodziah eksklusif pink 01Bagaimanapun Abdul Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Abdul Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

EZY


Pengarang :