Selangorkini
SELANGOR

MB sahkan mengadap Sultan esok

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 OGOS : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Beliau memaklumkan akan mengadakan pertemuan petang esok kira-kira pukul 2.30 petang disusuli sidang media pada hari sama pada 4 petang.

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1Bagaimanapun katanya lokasi pertemuan bersama Sultan Selangor akan dimaklumkan kemudian.

“Esok petang (akan menghadap Tuanku Sultan) pukul 2.30 petang kemudian sidang media pukul empat petang.

“Tempat nanti saya semak dan maklumkan kemudian,” katanya selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak di Shah Alam hari ini.

Sultan Selangor memendekkan kunjungannya ke Eropah bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

EZY


Pengarang :