SELANGOR

MB: “Saya sudah balas surat tunjuk sebab PKR”

Oleh: AFIX REDZUAN

KLANG, 6 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan beliau sudah membalas surat tunjuk sebab dihantar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dakwaan timbulnya soal integriti beliau termasuk kes yang membabitkan Bank Islam.

Abdul Khalid turut memaklumkan pegawai kanannya menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan salah laku integriti seperti yang didedahkan sebelum ini.

MB“Saya sudah balas tersebut apabila mereka mendapat surat tersebut atas dasar ketelusan, dia akan memuat turun surat itu untuk perhatian ahli parti PKR.

“Saya sudah hantar dokumen penuh yang ditulis PKR kepada SPRM, adalah lebih baik saya tidak ulas memandangkan nama Bank Islam disebut dalam perkara ini.

“Saya secara peribadi akan menulis kepada Bank Islam berkenaan perkara ini,” katanya kepada media.

Mengulas berkenaan desakan beliau untuk meletakkan jawatan selepas terdapat sokongan untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail , Abdul Khalid berkata akan mengadakan sidang media, selepas 10 Ogos ini.

“Saya merasakan itu kenyataan sendiri. Saya akan membuat sebarang tindakan selepas saya dapati kesahihan dan keputusan.

“Difahamkan 10 Ogos ini akan ada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat dan saya akan buat kenyataan akhbar selepas itu.

Abdul Khalid berkata, beliau menganggap situasi kini sebagai asam garam politik dalam negara ini.

“Seronok berhadapan desakan kini. Apa yang sana nak lakukan memberikan saya azam untuk bekerja bagi rakyat Selangor.

“Desakan begini membuatkan saya perlu melakukan tugas dengan lebih cepat, tertib dan lebih betul,” katanya.

Baca jawapan surat tunjuk: klik di sini

EZY


Pengarang :