MB: Surat akuan undi tidak percaya mungkin palsu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MB: Surat akuan undi tidak percaya mungkin palsu

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan surat akuan sumpah untuk undi tidak percaya kepadanya oleh wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkemungkinan adalah palsu.

Sambil berpendapat ia adalah perkara biasa, beliau berkata terlalu banyak surat palsu dan kenyataan tidak benar dikeluarkan berhubung desakan yang mahukannya berundur dari jawatan sekarang.


MB“Tiada, itu memang perkara biasa kerana terlalu banyak surat palsu dikeluarkan sekarang,” katanya ringkas ketika mengulas perkara berkenaan di Dewan Jubli Perak hari ini.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi ketika ditemui berkata beliau tidak mengetahui tentang surat akuan bersumpah berkenaan.

Malah katanya ahli Exco lain juga tidak pernah tahu kewujudan surat terbabit dan beranggapan ia adalah surat palsu.

“Saya tidak tahu tentang kewujudan surat ini dan ia mungkin adalah palsu, malah Exco lain pun tidak pernah menerima surat berkenaan,” katanya.

Sebuah portal media melaporkan PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Abdul Khalid yang enggan berhenti.

Arahan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Abdul Khalid dipanggil semalam menghadiri perbicaraan Lembaga Disiplin untuk menjelaskan keengganan beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Kenyataan bersumpah itu didakwa mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION