SELANGOR

MPSJ tawar RM20,000 Program kibar & ‘selfie’ Jalur Gemilang

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 OGOS: Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-57, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan wang tunai RM20,000 dalam Kempen Kibar & ‘Selfie’ Jalur Gemilang bermula 20 Ogos hingga 16 September.

Kempen ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia yang tinggal di kawasan pentadbiran MPSJ.

selfieMelalui kempen ini, MPSJ menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis masing-masing.

Menurut MPSJ, syarat penyertaan orang ramai perlu sertakan gambar ‘selfie’ beserta slogan dan ‘hashtaq’ kepada akaun instagram @mpsubangjaya.

Gambar dihasilkan adalah tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia kerana setiap gambar akan diperiksa bagi membuktikan gambar ‘selfie’ adalah sama seperti mana yang dihantar di dalam penyertaan.

Pemenang akan dinilai berdasarkan gambar yang paling kreatif, slogan paling menarik dan ‘like’ terbanyak di instagram.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Encik Khairi atau Encik Syamim di talian 03-80264462/4037 untuk keterangan lanjut.

EZY


Pengarang :