‘Paintball For Palestine’ kutip dana bantu mangsa kekejaman Zionis | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


‘Paintball For Palestine’ kutip dana bantu mangsa kekejaman Zionis

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 OGOS:  Program ‘Paintball for Palestine’ anjuran Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA) dengan kerjasama Pengusaha Arena Sukan Paintball bagi mengutip dana untuk membantu membaik pulih kemudahan asas dan bantuan perubatan di Palestin.

Program yang merupakan sebahagian dari program sokongan kepada Peace for Gaza (P4Gaza) ini diadakan serentak di enam lokasi seluruh negara.


10626876_10204380909379932_7812018609865053968_nPengerusi MASSA, Mustafa Mansor berkata program yang dijalankan pada 23 dan 30 Ogos itu sehingga kini berjaya memperolehi kutipan sebanyak kira-kira RM10,000.

“Walaupun program, sehari ini tidak dapat mencapai sasaran RM50,000 tetapi memberi  petanda baik dari segi kerjasama semua pihak dan program ini dipanjangkan bagi memasti sasaran sebenar dicapai membantu rakyat Palestin.

“Sehingga kini jumlah kutipan yang terkumpul dari program ini ialah sebanyak RM10,000 dari penyertaan sebanyak lebih kurang 500 orang di seluruh Negara hasil dari bayaran pendaftaran dan  aktiviti lain seperti jualan amal, memanah dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Jelas beliau program turut menyelitkan acara memanah, berkuda, sukan rakyat dan jualan amal itu berjaya menarik minat para peminat sukan lasak dan syarikat korporat untuk menyertai program terbabit sama ada sebagai perserta mahupun sebagai penaja program.

Program berlangsung pada 23 Ogos lalu diadakan serentak di lima lokasi utama di seluruh Negara iaitu di Sungai Buloh, Selangor; Jitra dan Kulim di Kedah; Gopeng, Perak dan di Johor Bahru.

Sementara itu pada 30 Ogos ini program turut mendapat kerjasama Water4Gaza iaitu kumpulan sukarelawan diterajui sekumpulan pelajar Malaysia di Glasgow, Scotland ini dilangsungkan di Chenor Paintball Club, Chenor, Pahang.

Pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan meningkatkan Dana P4Gaza dengan menghubungi Roslim Abu di talian 013 2201181 ataupun Mustafa sendiri di talian 011 2766 6042.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION