SELANGOR

PAS Selangor serah PAS Pusat tentukan calon MB

SHAH ALAM 30 OGOS: PAS Selangor menyerahkan kepada PAS Pusat dalam menentukan keputusan mengenai calon Menteri Besar Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehan Mukhyi ketika ditanya mengenai isu tersebut memberitahu ia diserahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat.

PAS-for-All“PAS Selangor memberikan PAS Pusat untuk membuat keputusan mengenai isu menteri besar.

“Kita tunggu apa yang akan diberitahu,” katanya yang juga Exco kerajaan negeri dan juga Adun Sabak selepas program Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor (Unisel) dipetik Harakah Daily.

Sebelum ini, Istana Selangor menghantar surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berhubung pelantikan mentri besar yang baharu.

Surat tersebut meminta agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selewat-lewatnya 3 September ini.


Pengarang :