Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Pegawai MB Selangor mahu SPRM siasat tuduhan untuk jaga nama baik

Hari ini kami bertiga selaku pegawai paling kanan di Pejabat Dato Menteri Besar Selangor telah menyerahkan dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan salah laku YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kami tampil membuat laporan pada hari ini memandangkan pihak-pihak yang membuat dakwaan salah laku oleh Menteri Besar telah gagal membuat laporan kepada SPRM setakat hari ini.

omak10559734_10203473263124635_5741855128192406416_nPejabat Menteri Besar memandang serius dakwaan-dakwaan ini dan mahu SPRM menyiasatnya ini bagi memelihara integriti Pejabat Menteri Besar, pentadbiran Negeri Selangor serta seluruh kakitangan awam Negeri Selangor.

Kami berharap SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan-dakwaan ini kerana tuduhan ini melibatkan pemimpin nombor satu Negeri Selangor dan boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat khususnya rakyat Selangor serta pejawat awam.

Sebagaimana komitmen Dato Menteri Besar, semua kakitangan bersedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan mereka.

HAJI MOHD YASID BIDIN
KETUA SETIAUSAHA SULIT KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

HAJI MUSTAPHA TALIB
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

AZMAN ABIDIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

6 OGOS 2014


Pengarang :