Selangorkini
SELANGOR

Sultan: Warga kerja JAIS tidak wajar bertindak sendirian, rujuk pihak atasan dulu

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 OGOS : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta supaya pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak bertindak bersendirian secara membuta tuli tanpa merujuk kepada pihak atasannya.

Baginda Sultan bertitah ia bagi mengelakkan tindakan berkenaan memberi impak negatif kepada JAIS sebagai insistusi agama Islam.

Majlis Ramah Mesra JAIS dgn DYMM dan MB (5)“Sekiranya tindakan tersebut memberi impak yang negatif, Beta khuatir tidak ada orang yang mahu bertanggungjawab dan seterusnya akan memburukkan imej institusi agama Islam di mata masyarakat,” titah Baginda Sultan lagi.

Baginda Sultan bertitah sedemikian pada Majlis Perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan JAIS di Dewan Jubli Perak, semalam.

Baginda Sultan juga mahu semua pihak di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan  JAIS untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam agenda politik bagi mana-mana parti sekalipun.

Baginda Sultan bertitah kedua-dua organisasi terbabit perlu kekal sebagai institusi yang berkecuali dan menumpukan fungsinya dalam memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Baginda Sultan turut mengingatkan supaya setiap pegawai dan kakitangan JAIS untuk mengamalkan sikap kesederhanaan di dalam penguatkuasaan, sentiasa bekerjasama, berkomunikasi dengan baik serta membantu antara satu sama lain.

EZY


Pengarang :