MB: Kundang “Jetsports” galak masyarakat amal hidup sihat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MB: Kundang “Jetsports” galak masyarakat amal hidup sihat

Oleh: AFEEQA AFEERA

KUANG,1 SEPT: Penganjuran sukan lasak permotoran air atau Jetsports anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) disifatkan bertepatan dengan usaha Kerajaan Selangor untuk menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan cara hidup sihat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan sukan berkenaan sebagai antara aktiviti riadah keluarga mahupun individu.


jet 4Katanya sejajar kepesatan pembangunan  terancang bagi Selangor, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian pembangunan sukan termasuk modal insan dalam kalangan belia dan remaja.

“Pelancong dan orang ramai diharap memanfaatkan aktiviti sepanjang kejohanan ini untuk beraksi serta menyemai perasaan muhibah antara satu sama lain.

“Kejohanan Jetsports ini adalah antara program yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran, penghayatan dan penghargaan kita kepada air melalui aktiviti sukan rakyat dan sukan air,” katanya.

jet 7Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Cabaran Jetsports Kundang dan sambutan Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-57 di Tasik Biru Kundang, dekat sini semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua MPS, Mohd Azizi Mohd Zain.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut berharap supaya orang ramai dapat memanfaatkan kemudahan yang sudah dibina dan dibangunkan di sekitar Tasik Biru Kundang bagi tujuan sukan dan riadah.

Katanya penganjuran kejohanan seperti ini juga wajar dijadikan contoh untuk menarik peminat sukan air dari seluruh negara termasuk pelancong.

10496199_10152660494128901_2332895965778037910_o“Diharap sekiranya MPS dapat menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan terbesar pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diketengahkan dan diperluaskan konsep penganjurannya ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya lagi.

Kejohanan ini dianjurkan MPS dengan kerjasama Tourism Selangor, Persatuan Jetski dan Sukan Air Selangor (PJSAS) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen).

Penganjuran program sukan permotoran air kali ke-6 ini berlangsung selama tiga hari bermula dari 29 sehingga 31 Ogos di Tasik Biru Kundang.

Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu “expert pro-am runabout 4-stroke open”, “pro-am runabout 800 open”, “amateur veterens runabout open”, “women runabout 4-stroke stock open” dan “novice runabout 4-stroke stock.”

Kira-kira 70 pelumba menyertai kejohanan ini dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM30,800 beserta hadiah iringan seperti sijil dan pingat.

Selain itu bagi menarik pengunjung, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak turut diadakan sebagai acara selingan.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION