Selangorkini
NASIONAL

Tak perlu berwajah ‘Jokowi’, Presiden PAS diiktiraf Islam antarabangsa

KOTA TINGGI 17 SEPT: Perwakilan PAS Kedah, Mohd Azam Abdul Samat menegaskan pemimpin parti itu tidak perlu beriya-iya mahu menjadi ‘Jokowi’ ketika memiliki presiden yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pada sesi perbahasan, beliau berkata, pemimpin tidak perlu memakai wajah orang lain lantaran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, baru-baru ini.

“Tidak perlu berwajah orang lain, Jokowi atau sesiapapun. Apa kurangnya pemimpin kita? Presiden kita sendiri diiktiraf di dunia Islam antarabangsa,” katanya dipercayai merujuk ucapan perasmian Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pada Muktamar Pemuda PAS ke-55.

Semalam, Mohamad Sabu menyentuh kepentingan pemimpin parti itu untuk menyesuaikan diri dengan suasana masyarakat majmuk di negara ini bagi menarik sokongan ramai khususnya bukan Islam dan anak muda.

Sebaliknya, Mohd Azam kesal kerana Hadi dicemuh sebahagian pemimpin PAS semata-mata mahu menjaga hati pemimpin parti lain dalam Pakatan Rakyat semata-mata wujud pertentangan pendapat dengan Presiden PAS itu.

Beliau juga menyifatkan strategi menarik sokongan dengan menjadi Jokowi atau orang lain seolah-olah cubaan menanggalkan pakaian Islam yang sinonim dengan PAS.

“Kita sudah dikenali sebagai jemaah Islam. Buat apa tukar? Bukan selama ini Islamlah yang kita perjuangkan?” katanya yang turut kesal ada pemimpin parti yang memperlekeh kewibawaan Majlis Syura Ulamak.


Pengarang :