Selangorkini
SELANGOR

21,000 anak Tawas terima RM50 masuk darjah 1

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT ANTARABANGSA, 3 OKT: Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada kumpulan pertama anak-anak Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) untuk diberikan sumbangan RM50 bagi kemasukan darjah satu tahun hadapan.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata peruntukkan itu sudah diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.

tawas logo bearKatanya, ia membabitkan lebih 21,000 anak Tawas yang terlibat dan berdaftar pada 2008.

“Kita harap dengan sumbangan ini dapat membantu keluarga dalam sesi persekolahan akan datang,” katanya ketika majlis bacaan doa selamat dan yassin sempena perlantikannya sebagai Menteri Besar, di Masjid Bukit Antarabangsa, di sini, malam tadi.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pembinaan Sekolah Agama di kawasan Bukit Antrabangsa akan disegerakan.

“Kita sudah mempunyai tapak dan empat tahun yang lalu sudah dikenalpasti.

“Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya sekolah terbabit, pelajar akan dapat mempelajari ilmu agama dengan sebaiknya.

EZY

 


Pengarang :