Selangorkini
SELANGOR

Anak muda PPR Seksyen 8 mahu bersama tangani isu setempat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 OKT: Sekumpulan anak muda Program Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara mahu bersama menyumbang usaha menangani isu setempat yang membelenggu PPR.

Kira-kira 13 anak muda dari 14 tahun hingga 17 tahun itu mencari peluang dan mengenal cara, bersengkang mata untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka We Are One 2014 yang diadakan dengan jayanya di Gelanggang Futsal Blok B, PPR Seksyen 8 pada 20 September lalu.

CAM00656

Kejohanan ini dianjurkan bersama pertubuhan belia MySinarKasih, Mass Rapid Transit (MRT) Corporation dan persatuan penduduk PPR Seksyen 8.

“Program ini hanya permulaan untuk pelbagai program yang sedang diaturkan untuk masa hadapan. We Are One bersama-sama MySinarKasih percaya anak muda tempatan harus digerakkan sebagai ejen penyelesai kepada masalah setempat,” jelas aktivis MySinarKasih, Zulfadzli Halim @ Bumi.

Aktiviti itu diadakan bagi memupuk solidariti penduduk dan menggalakkan anak-anak muda membabitkan diri dalam aktiviti sosial secara sihat.

Kejohanan anjuran kelab anak muda PPR Seksyen 8 yang dinamakan We Are One itu menyaksikan penyertaan lapan pasukan mewakili blok masing-masing.

Pasukan D Vampire menewaskan Bingo Jr 2 – 1 dalam perlawanan akhir.

CAM00199

D Vampire membawa pulang hadiah wang tunai RM80 manakala Bingo Jr wang tunai RM60 serta masing-masing mendapat hamper bernilai RM250.

Kejohanan bermula dari jam 9 pagi itu hingga 5 petang itu turut diserikan dengan pertunjukan Seni Silat Gayung Malaysia.

CAM00641Hadiah disampaikan Saiful Adli Abdul Halim selaku wakil Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada Sivarasa yang menghulurkan sebahagian sumbangan bagi menjayakan kejohanan.

HM


Pengarang :