Selangorkini
SELANGOR

Bayar kompaun MDKL semurah RM10

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANTING, 2 OKT: Pemilik kompaun tertunggak di Kuala Langat perlu merebut peluang menyelesaikan bayarannya berikutan tawaran istimewa RM10 bagi setiap kompaun dari Majlis Daerah Kuala Langat untuk bayaran di sepanjang Oktober ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, peluang itu harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai yang masih belum menjelaskan bayaran kompaun kerana ia adalah yang terendah ditawarkan MDKL berbanding kawasan lain.

DSC_0865 (1)“Pada kadar biasa pemilik kompaun yang menyelesaikan bayaran dalam tempoh 14 hari perlu membayar RM30 dan kadar maksima RM80 di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kuala Langat) 2007 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi 2011 hingga Ogos lalu sebanyak 135,250 kompaun telah dikeluarkan manakala kompaun yang telah dijelaskan pula sebanyak 11,430 notis kompaun daripada 25,345 kompaun bagi tempoh Januari hongga Ogos lalu,” katanya.

Mohd Azhar mengingatkan pemilik kompaun tempat letak kereta MDKL boleh membuat bayaran di Kaunter Ibu Pejabat MDKL dan di Pejabat Penguatkuasa Telok Datok di sepanjang Oktober ini.

Kaunter-kaunter itu beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 4 petang dan semakan boleh dibuat di www.mdkl.gov.my

HM


Pengarang :