SELANGOR

Isu peruntukan SMUE, bekas setpol sanggah Faekah

Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azman Bidin berkata akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dibekukan kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan lagi ahli parti PKR.

Menyanggah dakwaan  Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, Azman, yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, menjelaskan akaun bank program bantu rakyat itu hanya boleh diurus Adun dan Penyelaras DUN Pakatan Rakyat.

“Bendahari Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak bahawa memandangkan Tan Sri Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat maka beliau tidak layak memegang peruntukan Skim Mesra Usia Emas lagi,” jelas Azman dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

“Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri. DUN Angkat ini akan memegang peruntukan ini bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang peruntukan akan disereahkan kepada Penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar dalam masa terdekat.”

Pada kenyataan media semalam, Faekah berkata Bendahari Negeri Selangor diarah membekukan akaun berkenaan pada 25 September lalu, selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.

HM


Pengarang :