Selangorkini
NASIONAL

Gunakan CCRIS kutip hutang kroni bukan PTPTN

SHAH ALAM 10 OKT: Tindakan kerajaan memberikan kelonggaran kepada 20 bilionair tempatan dalam pembayaran cukai dan melindungi mereka bawah akta tetapi mengugut serta menghukum anak muda peminjam PTPTN supaya menyenaraikan mereka dalam CCRIS adalah tidak munasabah.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Tan Kar Hing, berkata AMK mengecam tindakan kerajaan dan PTPTN yang cuba menyenarai peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), seperti mana yang diulaskan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin.

ptptn studentKatanya tindakan “double standard” yang diamalkan mencerminkan kegagalan urus tadbir kerajaan persekutuan.

“Hak untuk mendapatkan pendidikan jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, tetapi kerajaan bukan sahaja gagal menyediakan pendidikan percuma, malah menyamakan hutang peminjam PTPTN dengan hutang peminjam yang bersifat komersial seperti pinjaman kereta, kad kredit dan rumah,” katanya dalam kenyataan media.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata CCRIS patut digunakan untuk mengutip hutang kroni yang jumlahnya berbilion sebelum tindakan sama terhadap peminjam PTPTN.

Katanya menggunakan CCRIS benar-benar memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi sudah pun menekan.

“Adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan,” katanya.

EZY


Pengarang :