Selangorkini
SELANGOR

Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat, bomba berkampung padam api

SHAH ALAM, 15 OKT: Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor lazimnya terpaksa berkampung berbulan-bulan lamanya bagi memadam kebakaran terbuka.

Dalam misi memadam kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Penguasa Kanan Bomba II, Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon, berkata komitmen tinggi perlu bagi mengawal dan memadam api.

“Tumpuan diberi sepenuhnya kerana lokasi kebakaran berhampiran dengan Lapanagan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya,” katanya.

jerebu pembakaran terbuka johan setia 02Kepada Selangor Kini, Azmi berkata, faktor cuaca kering dengan taburan hujan yang kurang antara punca kebakaran pada Februari dan Jun lalu.

“Siasatan awal mendapati ia berpunca akibat cuaca panas dan menyebabkan hutan jadi kering manakala tanah gambut pula memudahkan api merebak,” katanya.

Justeru, Azmi meminta orang awam tidak membuat pembakaran terbuka pada musim kemarau dan membuat aduan jika ada maklumat berkaitan pembakaran terbuka.

Pada 10 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, turut melawat lokasi kebakaran di Pulau Kempas berdekatan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

azminMohamed Azmin berkata, tanah gambut berpotensi besar menjadi faktor berlaku kebakaran dan sukar dikesan kerana bermula di bawah tanah.

Katanya, pemantauan berterusan perlu dipertingkat bagi mengelakkan kebakaran tanah gambut di kawasan hutan berulang hingga menyebabkan pencemaran udara yang serius.

Sepanjang tahun ini, tiga kebakaran hutan dicatat di Hutan Simpan Kuala Langat iaitu sekitar Februari, Jun dan Ogos lalu.

Kebakaran Februari lalu direkod sebagai terbesar tahun ini dengan keluasan meliputi 294 ekar yang menelan kos RM210,547.53.

-NFN-


Pengarang :