Selangorkini
SELANGOR

Kerajaan Negeri akan umum isu Oktoberfest selepas Mesyuarat Exco

SHAH ALAM, 8 OKT: Pengumuman berhubung isu Oktoberfest akan menyusuli perbincangan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Dikejar media seusai meraikan Majlis Korban Perdana Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama MB, Datuk Menteri Besar Mohamad Azmin Ali berkata beliau telah menerima maklum-balas mengenai Oktoberfest daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

_MG_7834“Saya sudah dapat maklum-balas daripada MBSA dan juga MBPJ, dan kita akan membincangkan perkara itu esok. Pengumuman akan dibuat kemudian,” jelas beliau.

Sebelum ini, MBSA menafikan papan iklan Oktoberfest telah mendapat kelulusan.

Di sidang media hari ini, Datuk Bandar Mohd Jaafar Mohd Attan meminta semua pihak supaya bertenang sehingga pengumuman dibuat Kerajaan Negeri.

“Saya sudah beri laporan lengkap kepada beliau (MB). Sepatutnya semua orang berhati-hati dalam negara yang majmuk dengan pelbagai adat resam. Rasa hormat kepada bangsa dan agama kena lebih tinggi,” tegas Jaafar.

Di majlis korban yang diadakan di Wisma MBSA itu, sebanyak 17 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah disembelih dan diurus secara bergotong-royong.

yb azmin

HM


Pengarang :