SELANGOR

Penasihat Ekonomi Selangor tidak pernah dipecat, hanya pejabat ditutup

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM, 1 OKT : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat dari jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, jelas Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana, mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi mesyuarat exco terakhirnya hanya memutuskan untuk menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

azmin mb1“Kita telah teliti minit mesyuarat Exco yang lalu (22 September), apa yang diputuskan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah menutup pejabat penasihat ekonomi serta merta, jadi tidak timbul soal pemecatan penasihat ekonomi,” jelasnya dalam satu sidang media seusai mempengerusikan mempengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata MMKN akan membincangkan semula peranan Penasihat Ekonomi Selangor itu dalam membantu pembangunan ekonomi di Selangor.

Katanya, sekirannya peranan itu diperlukan, Kerajaan Negeri akan menyediakan kemudahan-kemudahan termasuk pejabat sesuai dengan peranan yang akan dimainkan.

HM


Pengarang :