Selangorkini
SELANGOR

Wakil rakyat jangan fokus isu besar demi populariti, abai isu kecil

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 21 OKT: Wakil rakyat disaran tidak hanya menumpukan isu besar bagi memperoleh liputan media yang meluas demi mengejar populariti tetapi perlu mengambil berat terhadap ‘isu kecil’ di kawasan masing-masing.

Pengajar persendirian, Punitha Pancha, 31, berkata antara isu kecil yang dimaksudkan termasuk isu iklan haram yang sebenarnya mampu memberi kesan buruk kepada orang ramai.

20141020_104126“Bagi saya, ini sudah tentu mencacatkan pandangan dan lebih bahaya kerana ada yang mungkin tidak boleh dipercayai tujuan sebenar pihak pengiklan terbabit.

“Wakil rakyat jangan terlepas pandang dan hanya menumpukan isu besar disebabkan lebih mendapat liputan media dan meningkatkan populariti hingga terlupa melihat isu kecil seperti ini,” katanya kepada Selangor Kini, di sini.

Punitha juga menggesa wakil rakyat lain mencontohi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R Rajiv yang menjalankan usaha berterusan membenteras iklan haram di kawasan DUN berkenaan.

Penasihat Jualan, Ady Izmar, 34, pula berkata, lambakan iklan haram bukan sahaja mencemarkan imej negara di mata pelancong asing, bahkan pemandangan menyakitkan mata itu juga membahayakan pengguna jalan raya.

20141020_115350“Saya rasa menyusahkan orang ramai, mata juga sakit melihat dan memberikan tanggapan negatif terhadap imej negara di kaca mata pelancong asing.

“Mereka harus ikut peraturan yang ditetapkan kerana sukar melihat nama jalan, adakala masih tercari sesuatu tempat, sedangkan kita sudah ada di situ tetapi masih berpusing mencari destinasi berkenaan,” katanya.

Danny, 37, menyifatkan terdapat sesetengah pengiklan yang menaikkan iklan yang tidak mematuhi saiz sehingga membahayakan orang ramai yang melalui kawasan terbabit.

20141020_115822“Bagi saya, iklan haram memang menyakitkan mata, menyakitkan hati dan juga membahayakan kerana boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pemanduan. Mereka juga letak iklan bersaiz besar dan berat yang mungkin boleh menyebabkan kejadian tidak diingini seperti kejadian di Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini,” katanya.

Penasihat Jualan, Fitri Husin, 25, berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bertindak tegas bagi membenteras iklan haram yang semakin banyak dipasang.

20141020_115221“Kalau orang yang tidak biasa memang boleh sesat sebab nama jalan tak nampak. Jadi, saya rasa PBT perlu ambil langkah lebih tegas berbanding dengan menghubungi nombor telefon sebelum ini kerana nampaknya kurang berkesan. PBT kena fikirkan cara lain,” katanya.

 

-NFN-


Pengarang :