Selangorkini
SELANGOR

Warga emas DUN Sabak perlu segera daftar MES

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi menasihati warga emas kawasan terbabit supaya mendaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang ditawarkan Kerajaan Selangor.

Sallehen dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas di Dewan Melor, Rumah Rehat Sabak Bernam, baru-baru ini turut mengingatkan kepada semua supaya membuat persediaan daripada sekarang.

Katanya, warga emas juga boleh mendaftar sebagai Ahli Persatuan Majlis Pusat Kebajikan Malaysia (MPKM) bagi memperolehi faedah-faedah sebagai ahli.

Pic 3“Warga emas juga perlu mendaftarkan diri mulai sekarang untuk mendapat faedah yang ditawarkan. Selain itu, warga emas juga perlu menjaga kesihatan terutama pemakanan kerana kebanyakan penyakit bermula dari pemakanan yang tidak dikawal,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi MPKM Cawangan Sabak Bernam yang juga Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Datuk Baharin Mad Akhir; Tok Penghulu Mukim Sabak, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabak Bernam dan Ahli Jawatankuasa MPKM cawangan Sabak Bernam.

Dalam program yang dianjurkan MPKM Cawangan Sabak Bernam itu, panganjur turut meraikan warga emas sekitar Daerah Sabak Bernam dengan memberikan sumbangan hamper kepada yang mendaftar sebagai ahli Majlis Pusat Kebajikan Malaysia.

Sementara itu, Sallehen bersama Unit Amal Pas kawasan Sabak Bernam berkesempatan membantu secara bergotong-royong membina asas rumah penduduk, Hairol Nizam bin Salleh di Kampung Batu 3, Sepintas.

Bantuan itu dilakukan ekoran rumah yang diduduki Hairol sudah terlalu uzur.

Pic 6Difahamkan, bahan binaan bernilai RM2,000 untuk asas rumah itu adalah sumbangan dari JKKK Batu 2 dan Batu 4, Sepintas.

Sallehen berkata, bantuan itu adalah perintis kepada program yang akan dijalankannya dan kepimpinan di DUN Sabak untuk turut sama membantu penduduk yang mempunyai rumah rosak dan kurang berkemampuan.

“Saudara Hairol Nizam pernah meminta bantuan dari Pusat Zakat tetapi tidak layak atas faktor ibu bapanya sudah berpindah ke Perumahan PPRT.

“Atas sebab ihsan, JKKK bersama penduduk kampung membantu beliau membina rumah yang baru untuk didiami melalui peruntukan yang ada,” katanya.

-NFN-


Pengarang :