Selangorkini
SELANGOR

1,000 sertai berbasikal sambil menikmati keindahan Pulau Indah

PULAU INDAH 17 NOV: Kira-kira 1,000 peserta menyertai acara menunggang basikal 20km atas jalan raya dan 20km di luar jalan raya mengelilingi Pulau Indah.

Acara itu dianjurkan Central Spectrum, ahli Kumpulan Darul Ehsan Berhad, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang.

10500514_10204712690291608_1877060386453848949_nIa diadakan bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan menjalin perhubungan dengan penduduk tempatan, usahawan dan pelabur yang beroperasi di Pulau Indah.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas, berkata sambutan acara basikal itu di luar jangkaan dan menggalakkan daripada pengusaha dan penduduk tempatan.

Pelumba dibahagikan kepada enam kategori mengikut umur dan jantina.

61E7071F-1517-3750-16DD626B202C9BE9Pelumba di bawah umur 18 tahun dalam kategori junior, manakala lelaki terbuka dalam kategori umur 19 sehingga 34, veteran junior berumur 35 sehingga 45 tahun dan kategori terakhir bagi berat badan melebihi 90 kilogram.

“Pelumba berpeluang untuk menikmati persekitaran kehijauan yang tenang di waktu pagi.

“Perjalanan berbasikal melalui Kelab kapal Layar Di Raja, marina awam, Taman Perumahan Laguna, pusat bandar, taman perindustrian, industri ringan, Had Halal Selangor, kawasan gudang simpanan, Taman Paya, jeti di sepanjang Selat Lumut,” kata Mahmud.

Cabaran yang perlu dilalui pelumba termasuk jalan berpasir, laluan berbatu, tanah paya, perkampungan dan hutan.

Tetamu kehormat, Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor menyampaikan pingat kepada pemenang pelumba basikal dan juga hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

EZY


Pengarang :