NASIONAL

Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR 10 NOV Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.

Beliau berusia 66 tahun.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACPAsmawati Ahmad mengesahkan perkara berkenaan  lapor Bernama.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.

TanSriMohdBakriBeliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Tan Sri Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak.

Dengan berbekalkan kelulusan Sarjana Sastera, beliau telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara.

Beliau telah mengikuti kursus-kursus penting seperti ‘Hostage Negotiation Technic’, ‘Terrorism’ dan Airport Security Management.

Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, beliau juga merupakan lepasan Royal College of Defence Studies, United Kingdom.


Pengarang :