Selangorkini
NASIONAL

BR1M khas surirumah, Wanita PKR lancar kempen tandatangan seluruh negeri

ccsb-ads

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Pusat perlu meyalurkan sebahagian pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada surirumah supaya dapat dimanfaatkan secara langsung daripada pembayaran wang tunai berkenaan.

Desakan itu dibuat Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hal itu sejajar dengan Bajet Responsif Gender, yang mana wanita diberi kuasa membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dalam hal ehwal rumah tangga mereka, kata Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.

sBeliau yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, ia sangat penting kerana wanita yang bertanggungjawab memastikan bantuan kewangan itu dibelanja untuk barangan asas rumah yang diperlukan.

Zuraida berkata, Wanita PKR akan melancarkan “kempen tandatangan” seluruh negeri bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin dalam menjaga kebajikan surirumah dengan menyalurkan BR1M 2015 yang dikhaskan kepada surirumah.

“Sudah terbukti bahawa wanita bertanggungjawab dan lebih teliti dalam pengurusan belanjawan isi rumah. Dengan itu, surirumah perlu diberi pengiktirafan dalam mengendalikan ekonomi rumah tangga dengan bijak.

zuraidah“Ini akan melibatkan perbincangan sihat antara suami isteri dan memerlukan konsensi dua pihak dalam membuat keputusan bersama terutama dalam perihal kewangan,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.

Katanya, penyaluran BR1M kepada surirumah akan memberi peluang dan ruang kepada wanita untuk memainkan peranan secara aktif membangunkan negara serta mendidik anak generasi akan datang.


Pengarang :