Selangorkini
NASIONAL

Guan Eng: Umno P.Pinang dicabar kemuka bukti lokasi judi haram

SHAH ALAM 29 NOV: Umno Pulau Pinang dicabar menunjukkan bukti lokasi judi haram, pelacuran dan pusat hiburan, bukannya setakat melemparkan tuduhan tidak berasas kepada masyarakat Cina yang bekerja keras dan mematuhi undang-undang mencari rezeki di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jika Umno Pulau Pinang gagal memberikan bukti, Pengerusi BN Pulau Pinang,Teng Chang Yeow patut mendesak tindakan diambil terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang atau meletakkan jawatan kerana gagal menjadi Pengerusi BN berkesan.

Jambatan Pulau Pinang Lim Guan EngKatanya, tiada guna mendesak permohonan maaf daripada Umno Pulau Pinang kerana pastinya tiada tindakan diambil terhadap pemimpin rasis dan ekstrim.

Apatah lagi tindakan kerajaan BN mengekalkan Akta Hasutan adalah untuk menyalahgunakannya sebagai senjata politik terhadap Pakatan Rakyat.

“Bukannya terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang yang berterusan menghina masyarakat Cina,” kata Guan Eng dalam kenyataan media.

Katanya, penghinaan dan pembohongan Umno Pulau Pinang kekuatan ekonomi dan politik masyarakat Cina di Pulau Pinang datang daripada kegiatan ekonomi haram seperti judi haram, pelacuran dan pusat hiburan juga adalah sasaran kepada polis di negeri ini yang secara terbuka menafikan kegiatan itu.

“Ini bertentangan dengan penegasan berulang kali oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa tiada kegiatan seperti itu di negeri ini.

“Sehingga akhir bulan lalu, Datuk Abdul Rahim berkata polis telah menyerbu sarang perjudian dan menambah, “Untuk rekod, Pulau Pinang adalah sifar mesin judi haram”,” katanya.

EZY


Pengarang :