Selangorkini
SELANGOR

Jangan biar budaya pahat dan tukul berterusan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Kakitangan kerajaan seharusnya menerapkan standard kerja tersendiri dan bukan hanya bertindak selepas diarahkan.

Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berkata, budaya pahat dan tukul tidak boleh dibiarkan berterusan dan kakitangan kerajaan wajib menjalankan amanah seperti dipertanggungjawabkan setiap masa.

Perhimpunan Bulanan Bersama MB 2“Contohnya, sebelum ini Pulau Ketam kotor, tetapi ketika Dato’ Menteri Besar hendak datang, bersih jadinya.

“Seperti juga di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini sendiri, tiada sebab untuk kotor kerana setiap incinya ada kontraktor yang dibayar dengan dana rakyat.

“Kalau ada pegawai meronda naik motosikal takkan tidak nampak sampah dan jalan berlubang,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Yaakob juga menggesa perbelanjaan pembangunan dapat dimanfaatkan secara maksimum seperti diperuntukkan Belanjawan Selangor 2015.

yaakob sapari“Seperti sekarang, prestasi perbelanjaan pembangunan sangat rendah dan hanya 63 peratus digunakan sehingga bulan ini, sedangkan lagi sebulan tahun 2014 tamat.

“Tiada makna peruntukan besar jika agensi pelaksana tidak mampu belanjakan. Harap, Dato’ Menteri Besar baru dapat meningkatkan prestasi pembangunan sekurang-kurangnya sehingga 99 peratus kerana rakyat nantikan perkara ini,” katanya.

-NFN-


Pengarang :